
Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. yiga kaum yang utaama di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakkannya beragam Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga Kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputra lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi bahasa Inggeris digunakan secara meluas.

Kaum Bumiputra yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal dirumah panjang, dan menetap di Sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 orang tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli seramai 140,000 orang tinggak di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah berserap kedalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang lain. Kemungkinanya ini disebabkan sistem ekonominya yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari pengeluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemperori yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Melayu, India, dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga. Seperti Rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah ringan seperti kuih.
No comments:
Post a Comment