WELCOME BLOG KAMI-WAN,FATIMAH,FARA,FATIN,ZUHAIRAH,AYU,GYA

Tuesday, 17 September 2013

PENGENALAN KEBUDAYAAN MALAYSIA

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Kaum yang utaama di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi.Malahan, India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakkannya beragam Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga Kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputra lain. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Malaysia, tetapi bahasa Inggeris digunakan secara meluas terutaramanya dalam berkeborasi dengan negara luar.

 Kaum Bumiputra yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal dirumah panjang, dan menetap di Sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 orang tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli seramai 140,000 orang tinggak di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah berserap kedalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang lain. Kemungkinanya ini disebabkan sistem ekonominya yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari pengeluaran hutan tanpa perlu dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.

 Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemperori yang dimainkan oleh rakyat Malaysia. Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Melayu, India, dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis. Selain itu, ada juga wayang kulit, silat dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga. Seperti Rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah ringan seperti kuih.



  • PENGENALAN
    Budaya, Pengertian Dan Definisi
    Secara umumnya dan amnya kami ingin memperkenalkan , budaya Malaysia yang bermaksud cara hidup masyarakat  di Malaysia yang mempersembahkan pelbagai budaya . Ia merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha masyarakat dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi dan daya “; yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya bsegala poleh difahamkan sebagai enghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain.
    Ciri-ciri Budaya                                                                                     
    * Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat
    * Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa.
    * Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.






    Masyarakat di Malaysia sepatutnya mengamalkan lebih tentang budaya cara pemakaian, pemakanan dan lain-lain dengan lebih kerap kerana ia adalah salah satu tradisi turun temurun dari nenek moyang,dari segi pengenalan kita dapat mengenali tentang budaya masyarakat yang ada di Malaysia dan kita tahu lebih lanjut mengenai budaya yang ada.Contohnya,kaum india ada adat tersendiri begitu juga kaum-kaum yang lain.
    Selain itu,kaum melayu juga mempunyai adat resam dan budaya yang tersendiri yang diamalkan dalam kehidupan harian . Terdapat banyak budaya dan amalan tradisional di kalangan masyarakat Malaysia .malahan kita budaya malaysia boleh di perkenalkan di asia dengan memperkenalkan di laman blog ini sekaligus dapat menarik perhatian orang luar terumanya pelancong yang inginkan keunikan negara tersebut.
    Manakala,berkenaan dengan blog pula dengan adanya sistem maklumat syarikat-syarikat kecil dan syarikat-syarikat besar boleh menggunakan sistem tersebut dan menjalankan perniagaan,kosing tentang kebudayaan negara masing-masing secara elektronik seperti peniaga yang menjalankan perniagaannya melalui sitem tersebut. Mereka menggunakan sistem tersebut agar perniagaan mereka menjadi lebih cekap dan mampu berdaya saing dengan syarikat antarabangsa. Dengan adanya sistem maklumat boleh membantu perniagaan memperluaskan produknya. Dengan menggunakan sistem ini amat ia dapat memudahkan proses penyimpanan data iaitu segala data yang berkaitan dengan perniagaan. Dengan sistem ini ia mempercepatkan proses pengumpulan data. Dengan cara ini amat mudah mencari dan memperolehi data-data yang diperlukan. Masa untuk mencari data juga menjadi lebih singkat dan ini menyebabkan kerja penyimpanan dan penggunaan data lebih efisen dan lebih teratur.Kini teknologi dunia semakin meningkat, hanya menggunakan hujung jari sahaja, apa yang dikehendaki mudah didapati, tidak ketinggalan juga sistem maklumat yang mengumpulkan pelbagai maklumat tentang organisasi. Antara maklumat yang disimpan contohnya data peribadi pekerja, jadual gaji pekerja. Segala permohonan hanya dibuat melalui sistem.

     Kesalahan dalam membuat dan menyimpan maklumat dapat diminimumkan.Proses menjadikan maklumat mentah kepada maklumat yang boleh digunakan menjadi lebih mudah. Ia akan memercepatkan urusan kerja. Seterusnya dapat meningkatkan prestasi syarikat tersebut. Pekerja dapat melakukan kerja dengan lebih efisyen dan teratur.


  • .

3 comments: